Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.
Kiraan Tendangan Janin adalah cara yang mudah dan berkesan untuk ibu-ibu memantau kesejahteraan bayi-bayi mereka semasa hamil. Ia disyorkan oleh kebanyakan Ahli Obstetric. Ibu-ibu digalakkan untuk memantau tendangan bayi mereka selepas 28 minggu kehamilan setiap hari sehingga bersalin. Sekurang-kurangnya 10 tendangan janin perlu dirasai dalam tempoh maksimum 12 jam. Ini secara umumnya menunjukkan bahawa bayi itu adalah dalam keadaan baik. Aplikasi Kiraan Tendangan Janin yang mudah digunakan ini (iPhone / iPod Kiraan Tendangan Janin) memberikan banyak kelebihan berbanding dengan cara konvensional merekod tendangan janin. Satu daripadanya adalah keupayaan untuk merekodkan pergerakan di mana sahaja anda berada contohnya di tempat kerja, di pasaraya, di rumah.