Didi & Friends Playtown
source

Didi & Friends Playtown

(225)
Price
Free
Category
Games Puzzle
Last update
Sep 07, 2021
Publisher
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Contact publisher
View in store
Loading...

Ratings & Reviews performance

Ratings & Reviews performance provides an overview of what users think of your app. Here are the key metrics to help you identify how your app is rated by users and how successful is your review management strategy.

Number of reviews,
total
225
Avg rating,
total
⭐4.0
Loading...

Description

2758 chars

Didi & Friends Playtown adalah gabungan 12 permainan berdasarkan lagu kanak-kanak Didi & Friends yang sangat popular. Setiap lagu mempunyai konsep permainan yang menarik dan penyampaian yang berbeza. 1. ABC Belajar cara melengkapkan abjad dengan Drag & Drop bertemakan makanan kegemaran adik-adik! Terdapat 5 peringkat iaitu A-E, F-J, K-O, P-T, dan U-Z. 2. Papaku Pulang Dari Kota Wah! Aadik-adik boleh mengawal kereta kecil berwarna merah dan menjalankan misi ke rumah nenek. Kumpulkan sebanyak bintang yang boleh sepanjang perjalanan untuk dapatkan ganjaran istimewa iaitu galeri watak rakan-rakan Didi yang menarik. Jom kumpulkan kesemuanya! 3. Rama-Rama Konsep permainan adalah mengenal objek berdasarkan petunjuk yang diberikan. Pipah si rama-rama dengan misinya mencari Bingo, Tatak, Pak Atan, Jojo, Nana, dan Didi di dalam satu peta kawasan. Terdapat 6 lokasi carian yang perlu diterokai. Jom jalankan misi carian ini bersama Pipah! 4. Lompat Si Katak Lompat Kawal Tatak dan lompat lebih tinggi hingga ke angkasa! Kumpulkan koin sebanyak mungkin dan dapatkan kesemua kostum Tatak yang menarik dan wow! 5. Bermain Bersama Bingo Mari bermain bersama Bingo. Terdapat beberapa interaksi bersama Bingo iaitu bermain, memberikan makanan, dan bercakap dengan Bingo. Kumpulkan juga koin dan dapatkan bermacam-macam aksesori menarik dan comel untuk Bingo! 6. Bunyi Haiwan Jom belajar mengenal bentuk haiwan dan bunyinya. Konsep permainan adalah memerlukan tarik dan letak gambar haiwan pada petunjuk yang betul. 7. Bintang-Bintang Cantumkan bintang-bintang mengikut susunan nombor dan hasilkan objek dengan latar belakang yang berbeza dan menarik. Terdapat 20 objek kesemuanya, jom cantum! 8. Air Pasang Dalam Permainan kad memori watak Didi & Friends. Padankan kad watak yang sama dalam masa yang diberikan. Terdapat 4 peringkat permainan kesemuanya. 9. Rasa Sayang Mari mewarna bersama Didi! Padankan warna yang betul pada kanvas watak Didi & Friends dengan pilihan warna yang diberikan. Terdapat 6 watak kesemuanya untuk diwarna. 10. Kalau Rasa Gembira Mari menari bersama Didi, Jojo, dan Nana! Konsep permainan adalah mempelajari langkah-langkah menari mengikut verse dalam lagu. Terdapat 5 langkah iaitu Tepuk Tangan, Kenyit Mata, Pusing-pusing, Hentak Kaki, dan Hora Horey. Anda juga boleh melihat aksi mereka menari! 11. 12 Bulan Pelajari 12 bulan bermula Januari hingga Disember dengan cara menulis nombor bulan tersebut. Terdapat poskad menarik mengikut tema bulan apabila berjaya menulis nombor dengan betul. 12. Tayar Bas Jom jalan-jalan bersama Pak Atan dan basnya di kota London! Konsep permainan adalah mengawal bas dan menyelesaikan beberapa petunjuk dalam permainan. Terokai dan berinteraksi di setiap lokasi kawasan yang menarik!

Screenshots

https://is3-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple1/v4/ef/cf/cf/efcfcfd1-3907-0996-8899-fb5751dae312/pr_source.png/1136x640bb.pnghttps://is4-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple1/v4/7d/16/63/7d166371-5008-621b-ce16-e8005d1f3a61/pr_source.png/1136x640bb.pnghttps://is2-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple1/v4/a6/cf/57/a6cf57b1-3c24-da92-2a9f-b285e51c1cc3/pr_source.png/1136x640bb.pnghttps://is5-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple49/v4/43/f3/7d/43f37d0d-ef6b-e6d3-e491-e1b1110df824/pr_source.png/1136x640bb.pnghttps://is4-ssl.mzstatic.com/image/thumb/Purple49/v4/87/a6/8e/87a68e4b-42ff-f4ae-6ea8-901cc3f22f90/pr_source.png/1136x640bb.png
Loading...
Loading...

Find growth insights on our blog

React to user feedback and market trends faster